Rabu, 28 Ogos 2013

Pengalman Bagaimana melabur Emas Cara Sebenar


Mengapa PELABUR EMAS Semakin Bertambah Ramai Tetapi Sedikit Sahaja YANG Berjaya Menjana Kekayaan Yang SEBENAR


Jika anda kini sedang terhimpit oleh masalah bebanan hutang percayalah bahawa anda tidak berseorangan...Mungkin impan dan cita-cita anda ingin kaya telah membuatkan anda seperti saya suatu ketika dahulu terjerumus dalam perangkap hutang oleh skim pelaburan emas...

Kini baru saya sedar bahawa pelaburan emas tulen TIDAK menjanjikan pulangan bulanan sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada turun naik harga EMAS dunia. 

Kalau anda pergi beli emas di kedai emas dan bank, adakah anda akan dijanjikan pulangan bulanan? diskaun berjadual? Hibbah?? 

Jawapannya : TIDAK!! 

Selama ini skim pelaburan emas menggula-gulakan saya dengan janji manis pulangan bulanan tetap tanpa perlu saya tahu harga emas semasa saya tetap mendapat keuntungan. Duduk diam...goyang kaki duit masyuk...itulah saya yang dahulu sehingga saya tersedar sebenarnya saya sedang masuk kedalam perangkap HUTANG!! 

Nama saya Muhammad Azrul. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Azizi Ali kerana dengan panduan berbentuk rakaman audio Rahsia Emas alhamdulillah saya kini masih dapat tersenyum setelah mengalami kemurungan yang dahsyat akibat kerugian yang tak pernah terlintas dalam fikiran saya akibat tamak melabur dalam skim pelaburan emas.



Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana hari ini saya masih mampu tersenyum dan tenang menjalani kehidupan ini. Mungkin anda juga insan sama yang sedang bergelut dengan masalah hutang akibat ditipu oleh skim pelaburan emas atau skim-skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Saya menyesali atas sifat tamak dalam diri saya sehingga telah menyusahkan isteri dan ahli keluarga yang lain. 

Blog ini hanyalah sebagai panduan untuk berkongsi pengalaman dan mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ketika ini sedang serabut memikirkan barang kemas yang masih dipajak di kedai pajak gadai atau goldbar yang masih ada pada syarikat-syarikat emas yang anda sendiri tidak tahu kesahihan ketulenannya. 

Ada sedikit rasa berat hati untuk berkongsi pengalaman ini seolah-olah membuka pekung di dada sendiri teapi selepas saya berfikir sedalam-dalamnya mungkin kisah saya ini akan memberi pengajaran dan nasihat buat anda agar lebih berhati-hati sebelum memulakan sesuatu pelaburan lebih-lebih lagi pelaburan emas yang tumbuh umpama cendawan di Malaysia. 

Saya sendiri telah laburkan RM30,000 satu jumlah yang agak besar bagi saya yang hanya bergaji RM1800 sebulan. Duit tersebut saya perolehi melalui pinjaman MBSB dan rakan-rakan saya. Saya mula membuat kira-kira keuntungan emas setelah 5 bulan pertama pembayaran yang diterima tidak pernah diragui. Keuntungan bulanan dalam pelaburan emas yang saya terima adalah RM1000 dan jumlah itu amatlah besar bagi satu pelaburan yang modalnya kurang RM50,000. 

Situasi Yang Tidak Dijangka...

Apabila masuk bulan keenam diikutkan pada 2 haribulan pembayaran sudah diterima tetapi sehingga 10 haribulan tiada sebarang khabar berita..Tunggu punya tunggu.. satu sms saya terima daripada agen emas en Asri "Azrul, Kindly check your account..10K has been deposited"... Alhamdulillah syukur kerana penantian saya selama 8 hari terjawab...Alangkah berbunganya hati ketika itu...

20 Disember 2010, Jam 3.00 Petang di Maybank Kuantan saya membawa adik-adik saya pergi ke bank mengambil wang dan niat dihati, lebihan keuntungan pelaburan emas kali ini mahu belanja persediaan sekolah adik-adik dan bawa keluarga bersiar-siar. Setelah disemak baki alangkah terkejutnya baki hanya RM5.00 sahaja berbaki di dalam akaun simpanan. 

Berkali-kali saya cuba hubungi en Asri... namun panggilan saya tidak dijawab.. dalam situasi kelam kabut dan emosi yang tidak menentu saya terpaksa mencari jalan meminjam wang dari rakan-rakan untuk memenuhi janji yang masih belum tertunai....

Dengan perasaan marah dan geram saya pergi ke pejabat syarikat tersebut dan sekali lagi saya diuji...syarikat tersebut telah ditutup operasinya... Tiada sebarang jawapan panggilan saya... 

Rasa kecewa..geram..marah..dan menyesal dengan apa yang terjadi... berminggu-minggu saya pening memikirkan persoalan "mengapa" semua ini terjadi...macam mana saya mahu selesaikan semua hutang-hutang yang menimbun-nimbun??? ditambah berketul-ketul emas di pajak di kedai pajak gadai yang masih belum diambil... kepala cukup berserabut... 

Rakan-rakan sudah mula meminta wang yang dipinjam.... Saya BUNTU!! .. ketika itu barulah saya sedar hanya Allah sahaja pengubat dan tempat untuk saya mengadu masalah.. 

Syukur Alhamdulillah saya telah menemui Penawarnya..

Alhamdulillah suatu hari ketika saya sedang membuat carian internet, saya terjumpa panduan rakaman audio dari seorang jurulatih jutawan Malaysia saudara Azizi Ali berkenaan RAHSIA PELABURAN EMAS..

Setelah kecewa saya tidak lagi mempercayai akan pelaburan emas dan saya tidak boleh untuk menerima bahawa panduan pakej audio Rahsia emas ini boleh membantu saya menyelamatkan saya daripada terus dibelenggu masalah hutang dan kewangan yang berpanjangan. Namun itulah sebaliknya yang berlaku dan saya memanjat rasa syukur kepada ilahi kerana dipertemukan dengan panduan lengkap pakej audio ini. 

Terima kasih juga kepada rakan FB saya yang memberi saranan untuk mengikuti panduan dan nasihat daripada saudara Azizi Ali yang diterangkan dalam sebuah blog. Sememangnya kelebihan luar biasa beliau mampu untuk menjangka apa yang bakal terjadi dalam dunia kewangan sangat tepat dan adakalanya amat menggerunkan. 

Anda pasti tidak lagi mempunyai pilihan untuk mempercayainya kerana beliau mempunyai fakta dan sejarah lengkap yang menyokong teorinya. 

Apa yang menariknya, beliau menceritakan bagaimana beliau sendiri pernah menyelamatkan seorang rakan inner circle google beliau daripada kerugian hampir RM370,000!!! dan situasi tersebut seakan-akan sama dengan situasi yang sedang saya hadapi pada ketika itu...

Inilah jawapan kepada segala persoalan "Mengapa" saya sebelum ini kerana ia adalah titik kesedaran saya dalam pelaburan emas yang saya ceburi dan tindakan yang saya ambil. Saya terfikir sekiranya saya terus melabur tanpa sebarang ilmu pelaburan saya mampu menjana pendapatan lumayan namun saya harus sedari bahawa sebenarnya itu satu kesilapan TERBESAR dalam hidup saya. 

Langkah Pertama yang harus saya ambil adalah membuat pelaburan ilmu dalam pelaburan yang mahu diceburi.

Selepas mendengar Pakej Audio Rahsia Emas ketika sedang memandu, saya mula tersedar sesuatu yang selama ini tak pernah terlintas dalam pemikiran saya, dan ia telah merubah teori saya selama ini atas segala tindakan pelaburan emas yang telah saya lakukan. Hutang piutang saya semakin menyusut dan saya mula terasa perubahan kepada sistem kewangan diri saya dan amat tidak mempercayainya masalah hutang saya kini hampir selesai kesemuanya. Inilah matlamat dan keinginan saya selama ini. 


Panduan ini menyedarkan saya bahawa saya perlu mengambil tindakan secara bersistematik untuk membeli emas di 2 tempat terbaik yang menjadi rahsia penjual emas selama ini dan bagaimana untuk menjual semula emas dengan selamat dan berkeuntungan tinggi. Saya juga tidak lagi membeli 4 jenis emas yang selama ini saya tidak tahu dengan membelinya sebenarnya tidak memberi keuntungan kepada pelaburan saya.

Sememangnya pakej audio ini adalah ubat penawar kepada kegagalan pelaburan emas saya selama ini. Kini rakan-rakan saya sudah ramai yang ingin tahu dengan lebih mendalam bagaimana saya menjalankan pelaburan emas walaupun ketika itu harga emas sedang jatuh. Jadi inilah saat-saat manis yang saya nantikan untuk melipat gandakan ilmu dan keuntungan pelaburan emas saya.

3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu tentang Emas...

Pertama : Harga emas TIDAK akan sentiasa dalam keadaan menaik (Malah kini ia sudah jatuh dari $1900 ke $ 1400) 

Kedua : Anda TIDAK akan sentiasa membuat keuntungan dengan melabur emas (Tanya saja kepada mereka yang 'melabur' dalam Genneva) 

Ketiga : Formula pinjam wang dari kedai pajak gadai untuk tambah koleksi emas pula hanya akanberi keuntungan pada tauke emas dan kedai pajak gadai bukan anda si penggadai emas! 

Sekiranya anda yang sudah termakan kata-kata manis agen emas akan nasihat ini PASTI akan tanggung kerugian, Kalau tak sekarang... sedikit masa sahaja lagi!! 

Ini Apa Yang Saya Syorkan.....

Mengapa saya menyarankan pakej panduan Rahsia Emas Saudara Azizi Ali ini adalah kerana saya sendiri telahpun mendengar dan mengikuti langkah dan nasihat yang diajar dan hasilnya amat sukar untuk dipercayai akal fikiran..

Walaupun proses pemulihan tersebut mengambil masa, namun akhirnya saya sendiri berjaya keluar daripada masalah hutang yang membelenggu diri selama ini akibat termakan pujukan agen skim pelaburan emas.

Tiada siapa yang mahu mengharungi kehidupan dengan bebanan hutang yang berpanjangan yang boleh mengganggu emosi dan mental setelah sekian lama berada dalam zon selesa. Namun yakinlah bahawa peluang dan harapan tetap anda kepada anda dan saya pasti anda juga PASTI akan berjaya mengeluarkan diri anda daripada masalah hutang akibat penipuan Skim pelaburan emas.

Atas dasar itulah saya menulis di blog ini untuk berkongsi dengan anda diluar sana dan sebagai renungan sebelum menceburkan diri dalam pelaburan emas. Saya rasakan adalah tanggungjawab diri saya untuk memberitahu perkara sebenar bahawa apa yang anda bayangkan mengenai pelaburan emas sebenarnya adalah salah dan anda perlu persiapkan diri dahulu dengan ilmu pelaburan emas.

Tiada apa-apa sentimen atau kecenderungan dan ia hanya suatu kebenaran tulen dan satu perkara yang perlu anda ketahui sekiranya anda memerlukan bantuan, pohonlah bantuan dari mereka yang lebih arif dan telahpun mengalami situasi sama seperti anda demi mencari satu penyelesaian yang diperlukan dan itulah apa yang telah saya buat selama ini. 

Pandangan saya ia adalah panduan lengkap melabur emas yang amat hebat dan jauh lebih berkesan untuk menyelamatkan diri anda dari terus terperangkap daripada belenggu masalah hutang akibat pajak gadai dan skim pelaburan emas. paling ketara pandangan setiap individu adalah berbeza dan telah banyak memberi kesan positif kepada perubahan sistem kewangan saya... Syukur alhamdulillah...